secebis pengalaman MISI 2006

Wednesday, July 05, 2006

MISI ^___^

Tuesday, July 04, 2006

Secebis Pengalaman: MISI 2006 Tamat, Misi Islah Bermula!

Fuh! Lama sungguh tak update blog! Maklumlah sibuk sikit (sikit?), banyak komitmen! Memang tak 'lekat' di rumah, program sana program sini. Penat? Memanglah penat, tapi masa muda ni kita kena manfaatkan sepenuhnya. Biar letih, biar berhabis duit, masa dan tenaga namun yang paling penting, dapat penuhkan ilmu di dada. Kita sendiri tak tahu entah bila lagi kita akan dapat menimba pengalaman dan pelajaran. Selagi diizinkan oleh Allah SWT, selagi itulah kita kena bersyukur dengan usia yang dikurniakan-Nya. Di antara cara bersyukur ialah dengan memenuhi kewajipan untuk berkhidmat di jalan-Nya. Perlaksanannya ialah melazimi diri sebagai khalifah Allah SWT yakni dengan menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran...

Tapi hati ibu bapa tetap kena jaga. Jangan sekali-kali diabaikan tanggungjawab seorang anak. Ingatlah! Cuba bandingkan di antara kasih sayang seorang anak terhadap ibu bapa; dengan pengorbanan kedua mereka sejak kita berada di dalam rahim ibu. Langsung tak terbalas! Jasa mereka terlalu besar dan jangan sekali-kali kita lupa. Sematkan wajah ibu dan ayah di dalam dada, jangan lupa untuk mendoakan kebahagiaan mereka. Kepada sahabat-sahabat yang terlalu sibuk untuk dan tak 'lekat' di rumah, sesekali tu hubungilah ibu dan ayah. Mereka sentiasa rindukan kita!

Sama-sama kita muhasabah diri... Sama-sama kita renung kembali tujuan kita dihidupkan di dunia yang fana ini... Sama-sama kita fikirkan tentang tanggunjawab yang terpikul di bahu hamba-Nya...

Untuk kali ini, saya ingin kongsikan bersama pengalaman yang cukup berharga buat diri saya. Pengalaman yang banyak membantu saya untuk membentuk kefahaman untuk membina jatidiri Muslim yang sejati. Alhamdulillah, sepanjang minggu lepas, saya berkesempatan untuk menyertai Mukhayyam Intensif Siswa Siswi Islah atau lebih dikenali sebagai MISI 2006. Bertempat di Desa Saujana, MISI 2006 adalah anjuran bersama Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) dan Jamaah Islah Malaysia (JIM). Program ini berlangsung selama sebulan, bermula dari 3hb hinggalah 30hb Jun namun saya hanya sertai pada minggu yang terakhir yakni dari 26hb. Agak kecewa juga sebab pengisian yang dihidangkan 'lazat-lazat' belaka! Walaupun datang sebagai 'picisan', saya tetap dapat merasai 'kelazatan' pengisian yang diatur rapi. Melihat pada jadual pengisian yang disusun secara sistematik, tampak menyeluruh dan menyentuh konsep-konsep di dalam Islam secara komprehensif. Selain itu, dibincangkan juga tentang cabaran-cabaran semasa yang menimpa saudara-saudara kita di seluruh dunia. Perbincangan sebegini bergitu penting sebagai persiapan untuk menentang 'serangan' bertubi-tubi terhadap Islam...

Berdasarkan topik-topik yang disampaikan, tidak mustahil bagi 'undergraduate' yang mengikuti MISI 2006 (secara penuh, tak 'tuang' atau 'ponteng') untuk menjadi pendakwah yang berjaya. Walaupun saya sendiri 'grad' namun mungkin 'fail' kerana 'contact hour' tak cukup. Namun begitu, saya amat bersyukur dengan 'subject' yang telah saya 'pass' (dengan '4.0'..hehe...), dan sekiranya saya dikehendaki untuk 'repeat course' yang tidak saya hadiri (bermakna saya kena 'extent'), saya tidak kisah kerana peluang untuk belajar di MISI 2006 'Faculty' adalah peluang keemasan bagi insan-insan yang terpilih sahaja. Insan-insan yang terpilih? Bermakna 'undergraduate' yang tinggi azam dan iltizamnya kerana sanggup untuk mengorbankan masa cuti demi mengambil 'short semester' tapi sebagai 'audited' sahaja kerana tiada 'mid term' atau 'final exam'. Hanya sebagai 'carry mark' untuk dibawa ke Akhirat kelak. Chewah! Banyak betul istilah 'budak-budak U' yang saya guna, namun itulah hakikatnya. MISI 2006 tidak ubah sebagai sebuah universiti, malah mungkin sedikit ke hadapan di dalam beberapa aspek kerana berjaya meningkatkan pelbagai cabang ilmu dan kemahiran para peserta. Dari yang kurang faham tentang Islam, jadi faham. Dari yang kurang faham tentang dakwah, makin faham. Dari yang tak pandai masak, makin pandai (ye ke?). Dari yang malas mengemas, jadi rajin (mungkinkah terjadi?). *Dua persoalan yang terakhir ditujukan khas buat para 'sura rumah' iaitu ikhwah sekalian...hehe...

Saya sendiri, dari yang 'sedikit' malas masuk dapur, alhamdulillah sekarang ni makin rajin (insyaAllah...). Bersemangat untuk masak! Semuanya penangan resepi 'Ikan Sweet and Sour Kicap', 'Fried Egg with Sausage', 'Banana Split with Milo' dan beberapa lagi resepi yang direka sesuka hati. Nasib baik masakan menjadi dan sehingga hari ini semua ikhwah tetap sihat walafiat...hehe... Namun, satu perkara yang perlu kita tingkatkan, iaitu mengemas dapur selepas memasak. Sedap macam mana pun masakan kita (ikhwah MISI 2006 semua pandai masak...) jangan biarkan dapur macam 'kapal pecah'! Mesti para ikhwah MISI 2006 masih teringat 'insiden' pada tengahari Jumaat 30hb. Kenangan yang memang tak boleh dilupakan, jadikanlah sebagai iktibar. InsyaAllah, pasti lengkap pakej lelaki mithali. Ikhwah MISI 2006 jangan marah ye! Tak perlu malu. Saya pun 'menyepah' juga...hehe...

Asyik cakap tentang makanan, sekarang kita bincang tetap 'makanan rohani' pula. Di antara slot yang paling saya suka (sebenarnya yang sempat saya ikut), slot Cabaran Islam Liberal oleh Dr. Hafidzi, Dakwah dan Persoalan oleh Ustazah Arpah, Empowered Leadership and Training oleh Pakcik Hasni, Hinduisme oleh Ustaz Muhammad Fitri dan pelbagai lagi. Slot Bicara Siswa juga bagus, kerana para peserta saling berdiskusi secara interaktif berkenaan idealisme mahasiswa Muslim dan cabaran yang menimpa (khususnya bab dakwah silang jantina). Pendek kata, semua pengisian adalah cemerlang dan disampaikan oleh penceramah yang terbilang! Terbilang di dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pendakwah yang gemilang! Entah bila lagi saya akan dapat 'menikmati' pengisian sebegini bagus...

Sesi yang paling syahdu ialah Majlis Penutup, lebih spesifik ketika sesi bacaan ikrar. Terkejut juga apabila resolusi diperdengarkan, kerana ketika sesi Sidang Pleno (waktu petang) saya sibuk di dapur menyiapkan agar-agar untuk majlis di sebelah malam. Sebut tentang agar-agar, mesti semua ikhwah MISI 2006 akan tergelak. Sebab agar-agar yang saya buat tak menjadi! Sampaikan ada ikhwah yang tak nak dikaitkan dengan agar-agar tersebut, takut reputasi terjejas katanya! Hehe...dapur yang mula-mula bersih jadi berserabut. Nasib baik ada 'hero' di kalangan akhawat yang menyelamatkan agar-agar. Kalau tak, makan buburlah kita malam tu! Kembali ke topik perbincangan berkenaan bacaan ikrar, resolusi yang dicapai agak berat dan saya khuatir tidak dapat melaksanakannya. Maklumlah, manusia mudah lupa dan tak konsisten di dalam suatu perkara. InsyaAllah, di lain masa saya akan kongsikan Resolusi MISI 2006, sebagai persediaan untuk 'mengetuk' saya agar 'bangun' sekiranya saya 'terlena'. Seandainya saya terleka, pohon sahabat-sahabat sekalian untuk mengingatkan saya. Saya yakin, dengan izin Allah SWT, pasti Dia akan mempermudahkan urusan yang dikerjakan demi mengecapi kejayaan Islam...Allahu Akbar!

Berakhirnya MISI 2006 memberi kesan yang mendalam di dalam hati saya. Berkampung di Desa Saujana selama seminggu membuahkan hasil yang cukup ranum untuk saya kongsikan bersama umat Islam di seluruh dunia. Sekalung penghargaan buat pihak penganjur dan juga para mentor yang bertungkus lumus, berusaha sedaya upaya untuk memastikan kami dapat menghadam setiap butir ilmu yang disampaikan. Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa kalian! Teruskan perjuangan untuk mendidik pejuang-pejuang muda...

Kepada para ikhwah yang menjadi ‘adik–beradik’ saya selama seminggu;
:: Ridzal :: Salahuddin :: Zubair :: Qayyim :: Fauzan :: Yusuf :: Safwan :: Fatihee :: Safwan :: Ruslan :: Fadhli :: Helmi :: Firdaus :: Ariffin :: Faisal :: Ridzwan ::
Ribuan terima kasih di atas keakraban yang dihulurkan! Walaupun baru seminggu saya bersama kalian, ukhuwwah yang terjalin tak akan terpadam selamanya, percayalah! Saya tak akan lupakan kenangan bersama kalian! Perjalanan dakwah kita baru bermula, dan corakkanlah jalan yang terbentang dengan warna-warni nilai Islam yang hakiki. Kita semua dipikulkan tanggungjawab yang begitu berat, sebagai mujahid muda untuk memastikan Islam kembali mekar!

Kepada para akhawat MISI 2006, jambangan syukran dihulurkan! Ingatlah, tangan yang lembut menghayun buaian, itulah tangan yang bisa menggoncang dunia. Jangan sia-siakan pengiktirafan sebagai perhiasan dunia yang ditabalkan oleh baginda Rasulullah SWT di dalam hadithnya;
"Dunia adalah perhiasan dan seindah perhiasan adalah wanita solehah." (Hadith riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan An-Nasa'i)

MISI 2006 telah berakhir, namun misi kita untuk menegakkan kalimah Allah SWT tidak akan terpadam, sehinggalah ke titisan darah yang terakhir...

Allahu Ta'ala a'lam...